Undang-Undang Kecil (Taman) Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah (1983)

Di bawah Undang-Undang Kecil (Taman) Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah, 1983, setiap tuan rumah atau penghuni yang kediamannya berhadapan atau berhampiran dengan pokok yang ditanam oleh pihak Majlis hendaklah bertanggungjawab menjaga serta menyelenggara pertumbuhan dan keselamatan pokok tersebut.

Walau bagaimanapun, penduduk boleh membuat permohonan kepada Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) untuk menebang pokok yang ditanam dan diselenggara oleh pihak Majlis sahaja. Bagi pokok yang ditanam oleh penduduk sendiri, penyelenggaraan sepenuhnya adalah di bawah tanggungjawab penduduk tersebut.

MPKP tidak melayan permohonan pemotongan pokok di premis persendirian seperti kilang, sekolah, atau institusi pendidikan yang berada di bawah pengurusan pihak tertentu seperti Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau MC.

Kerja-kerja pemotongan pokok mengambil masa kerana senarai aduan yang banyak, selain faktor keadaan pokok, cuaca, serta keperluan logistik dan keselamatan awam yang melibatkan penggunaan jentera khas seperti skylift, lori, dan kren.

#perbandaranbersihindah

#majlisperbandarankubangpasu

#MPKP

🖱 Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/

📱 Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu

📲 Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/

💻Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu

📱 WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1

Skip to content