LAWATAN DATUK BANDAR ALOR SETAR BERSAMA PELAJAR LATIHAN INDUSTRI MBAS KE RUMAH MERDEKA, ALOR SETAR

Alor Setar, 26 Ogos 2025 (Selasa) – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya, telah mengadakan lawatan ke Rumah Merdeka, Alor Setar, sebentar tadi. Lawatan tersebut turut disertai oleh seramai 30 orang pelajar Latihan Industri Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), yang berkesempatan menyelami nilai sejarah dan kepentingannya dalam pembangunan negara.
 
Taklimat mengenai Rumah Merdeka telah diberikan oleh dua orang pegawai daripada Arkib Negara Malaysia, Puan Hasnita binti Hassan dan Encik Mohd Shahrin Bin Ahmad. Tujuan lawatan ini diadakan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar Latihan Industri MBAS mengenai peranan penting nilai sejarah dalam membentuk negara serta menggalakkan para pelajar untuk meneladani nilai kepimpinan yang telah ditunjukkan oleh para pemimpin negara dalam mencapai kemerdekaan.
 
 
Skip to content