𝐊𝐇𝐀𝐌𝐈𝐒 |𝟐𝟖 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟓
𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 ,𝐏𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐍𝐀𝐊 & 𝐍𝐄𝐋𝐀𝐘𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝟐𝟎𝟐𝟓 @ 𝐓𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐉𝐔𝐁𝐋𝐈 𝐄𝐌𝐀𝐒
Suasana di Taman Jubli Emas hari ini cukup meriah dengan sambutan Hari Peladang, Penternak & Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025.
Booth Daerah Yan turut menerima kunjungan istimewa daripada YAB Menteri Besar Kedah serta Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah. Ketibaan tetamu kehormat telah disambut mesra oleh Puan Yang Dipertua Majlis Daerah Yan bersama Tuan Setiausaha Majlis Daerah Yan.
Alhamdulillah, kesempatan ini membuka ruang untuk kami memperkenalkan pelbagai produk tempatan hasil usahawan Yan daripada pertanian, makanan tradisi, produk desa hingga ke kraftangan. Semuanya membawa identiti Yan yang unik dan penuh nilai warisan.
Terima kasih YAB Menteri Besar dan Dato’ Setiausaha atas sokongan dan perhatian yang diberikan. Kehadiran ini menjadi suntikan semangat buat kami di Majlis Daerah Yan untuk terus mengangkat potensi komuniti serta memperkasakan sektor agro makanan daerah.
Orang ramai yang belum sempat berkunjung, jom singgah! Banyak lagi aktiviti menarik menanti anda di HPPNK 2025 ![]()





