






28 Ogos 2025 – YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua telah bertemu pasukan kawad anggota MPKK yang bakal menggalas tanggungjawab besar dalam penyertaan Istiadat Perbarisan dan Perarakan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Kedah Darul Aman yang ke-68 Tahun 2025, bertempat di Dataran Medan Bandar, Alor Setar pada 31 Ogos 2025 akan datang.
Turut hadir dalam pertemuan ini adalah Encik Halimin bin Lahaming, Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan dan Encik Badrulhilmi bin Sulaiman, Pengarah Jabatan Penguatkuasaan.
Seramai 36 anggota terlibat dalam pasukan kontijen MPKK telah menjalani latihan rapi, dan bakal menghadiri sesi raptai penuh yang dijadualkan pada 30 Ogos 2025.
Dalam amanat YBhg. Dato’ Yang Dipertua antaranya telah menekankan kekemasan, fokus, ketepatan masa dan disiplin sebagai cerminan semangat kemerdekaan.
Perarakan ini bukan sekadar derap langkah, tetapi lambang perjuangan, pengorbanan dan kebanggaan rakyat Malaysia. Semoga kontinjen MPKK mampu memberi persembahan terbaik dan menjadi inspirasi buat semua.