25 Ogos 2025 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) yang diketuai oleh TPr. Any Nuhairah binti Abdul Razak, Ketua Unit OSC MBSP. Delegasi ini disambut oleh Encik Halimin bin Lahaming, Pengarah Jabatan Khidmat Pengarah MPKK.

Sesi taklimat mengenai Permit Pembinaan Ekspres (E10) yang kini diintegrasikan dengan Kecerdasan Buatan (AI) telah disampaikan oleh Encik Mohd Faizul bin Abd Rahman, Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa, Jabatan Perancangan dan Landskap. Langkah ini bertujuan untuk mempercepatkan proses kelulusan pelan pembangunan demi kemudahan dan kecekapan.

Lawatan diteruskan ke Bilik Kulim Intelligent Command Centre (KICC) untuk memperlihatkan keupayaan teknologi pintar dalam pengurusan bandar dan langkah-langkah menuju bandar pintar.

Semoga kerjasama dua hala ini dapat mempererat hubungan antara kedua-dua pihak dan membawa manfaat yang signifikan dalam usaha membangunkan bandar yang lebih mampan, inovatif, dan berdaya saing.

Klik untuk gambar sekitar program

#BandarPintar

#AI

#Digitalisasi

#MajlisBandarayaSeberangPerai

#MajlisPerbandaranKulim

Skip to content