
Hari ini, 30 Ogos 2025, genaplah 24 tahun pengistiharan bermulanya Majlis Daerah Kulim dinaik taraf ke Majlis Perbandaran Kulim secara rasmi pada 30 Ogos 2001.
MPKK telah memainkan peranan penting sebagai pentadbir bandar yang memastikan pembangunan Kulim berjalan seiring dengan kemajuan negeri Kedah dan aspirasi negara.
Sepanjang dua dekad lebih ini, Majlis Perbandaran Kulim bukan sahaja menjadi tonggak dalam menyediakan perkhidmatan perbandaran yang cekap, tetapi juga menjadi pemangkin dalam menjadikan Kulim sebuah bandar yang teratur, bersih, sejahtera dan berdaya saing.
Ucapan penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada semua warga Kulim yang sentiasa memberi sokongan serta bekerjasama dalam menjayakan agenda pembangunan bandar.
Kejayaan dan pencapaian yang ada pada hari ini adalah hasil daripada kerjasama erat antara pihak Majlis dan seluruh komuniti.
Sempena ulang tahun ke-24 ini, marilah kita bersama-sama memperkukuhkan tekad untuk terus menjadikan Kulim sebuah bandar yang pintar, makmur dan damai seiring dengan visi dan misi.
Bersama Kita Majukan Kulim!