TUAN SETIAUSAHA MBAS HADIR MERASMIKAN PROGRAM EKSPLORASI NEGARAWAN MALAYSIA 2025

Alor Setar, 29 Ogos 2025 (Jumaat) – Tuan Setiausaha MBAS, En. Mohamad Shahuri Mohamad Norlin telah hadir mewakili Datuk Bandar Alor Setar merasmikan Program Eksplorasi Negawaran Malaysia 2025 yang telah diadakan bertempat di Masjid Tunku Abdul Rahman Putra, Jalan Kuala Kedah.
 
Program tersebut diadakan dengan objektif mencungkil bakat-bakat serta melahirkan semangat patriotisme di kalangan komuniti setempat melalui pertandingan-pertandingan yang dianjurkan sempena bulan kemerdekaan 2025.
 
Hadir sama di program tersebut ialah Pengerusi Masjid Tunku Abdul Rahman Putra, Ustaz Muhammad Syafiq Abu Bakar dan Pengarah Program, En Muhammad Amirul Mohd Zul Shafie.
 
 
Skip to content