31 Ogos 2025 – Sekitar Istiadat Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan Ke-68 Peringkat Negeri Kedah bertempat di Dataran Medan Bandar, Alor Star, telah disempurnakan oleh Sultan Negeri Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Sebanyak 119 kontinjen mewakili jabatan kerajaan, pasukan beruniform, sekolah, IPT dan NGO mengambil bahagian. Acara dimeriahkan dengan penerjunan bebas PASKAL, persembahan koir, tarian kebudayaan serta pameran aset ketenteraan Rejimen Askar Melayu Diraja.

Tahniah kepada anggota MPKK yang telah menyertai kontinjen kawad MPKK dan menunjukkan komitmen dan aksi persembahan yang cemerlang.

MPKK juga ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan kontinjen yang menjuari kategori-kategori berikut:-

🏆 Kategori Pancaragam Sekolah Rendah

Pancaragam SK Kuala Ketil

🏆 Kategori Pancaragam Sekolah Menengah

Pancaragam SMK Che Tom

🏆 Kategori Badan Beruniform Institusi Pendidikan, Kolej, IPTA/IPTS

Kor Kadet Polis SMK Sultanah Bahiyah

🏆 Kategori Persatuan/NGO/Pertubuhan/Kelab

Persatuan Bekas RAMD

🏆 Kategori Kerajaan, PBT, Badan Berkanun dan Swasta

Kontinjen Pegawai Tadbir Negeri Kedah (KCS)

🏆 Kategori Kontinjen Paling Menarik

Ayam Bismi

🌟 Juara Antara Juara

Pancaragam SMK Che Tom

Klik untuk gambar sekitar program

Klik untuk gambar sekitar program

#HariKebangsaan2025

#istiadatperbarisanperarakan

#sambutanharikebangsaanke68

#MajlisPerbandaranKulim

#ExperienceKedah

Skip to content