KUNJUNGAN DATUK BANDAR ALOR SETAR KE PROGRAM LORONG PEKAN @DATARAN STARWALK, ALOR SETAR
Alor Setar, 30 Ogos 2025 (Sabtu) – Kunjungan Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya ke program Lorong Pekan yang diadakan sempena Hari Kemerdekaan Ke-68 bertempat di perkarangan Dataran Starwalk, Alor Setar.
Ia turut dihadiri Tuan Setiausaha MBAS, En. Mohamad Shahuri Mohamad Norlin, Ketua Bahagian Landskap dan Rekreasi MBAS, En. Mohd Faizal Abu Bakar serta pihak penganjur.
YBhg. Datuk Bandar turut melawat gerai-gerai jualan dan beramah mesra bersama para peniaga dan para pengunjung sebagai tanda sokongan daripada pihak MBAS atas usaha ini untuk memeriahkan bandaraya Alor Setar sempena Tahun Melawat Kedah 2025 disamping merancakkan ekonomi setempat.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'