31 OGOS 2025 (AHAD) – Majlis Daerah Bandar Baharu telah menyertai Perbarisan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 peringkat Negeri Kedah Tahun 2025 yang telah diadakan bertempat di Dataran Medan Bandar, Alor Setar.
Sebanyak 119 kontinjen terlibat dalam perbarisan dan perarakan pada tahun ini mewakili Jabatan dan Agensi Kerajaan (Negeri & Persekutuan), PBT/ Badan Berkanun/ Swasta, Sekolah, Institusi Pengajian Tinggi, Pasukan Beruniform dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).
Tahniah diucapkan kepada pasukan Kontinjen Kawad Majlis Daerah Bandar Baharu di atas komitmen dan Kerjasama yang baik sepanjang Istiadat Perbarisan dan Perarakan dijalankan.
