
Bersempena sambutan Maulidur Rasul, marilah kita sama-sama memperkukuhkan kecintaan kepada Rasulullah SAW dengan menghayati sunnah, memperbanyakkan selawat serta mengamalkan akhlak mulia Baginda dalam kehidupan seharian.
Sesungguhnya, Rasulullah SAW adalah teladan terbaik sepanjang zaman, pembawa rahmat, penegak kebenaran dan cahaya petunjuk bagi umat manusia.
Semoga keberkatan hari yang mulia ini menyatukan hati kita semua, memperkukuh ukhuwah dan menjadi panduan dalam menuju kesejahteraan ummah.