KUNJUNGAN HORMAT TUAN SETIAUSAHA MBAS KE ATAS KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF LADA DAN YANG DIPERTUA MPLBP
Langkawi, 4 September 2025 (Khamis) – Tuan Setiausaha Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), En. Mohamad Shahuri Mohamad Norlin, baru-baru ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), YBhg. Datuk Seri Haji Iskandar bin Datuk Haji Mohd Kaus, serta Yang DiPertua Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan, Encik Mohd Hamri bin Abidin, di Langkawi.
Kunjungan tersebut diadakan bertujuan untuk membincangkan kerjasama bagi penganjuran KONVENSYEN GEOMATIK KEBANGSAAN: PEMBANGUNAN PENTADBIRAN KE ARAH KEMAJUAN NEGARA 2025, yang akan berlangsung pada 6 dan 7 Oktober 2025 bertempat di Pelangi Beach Resort & Spa, Langkawi. Konvensyen anjuran MBAS bersama Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA) ini dijangka menjadi platform penting untuk hala tuju dan strategi pembangunan negara melalui bidang geomatik, dengan penekanan dalam sektor pentadbiran dan perancangan bandar.
Semoga pertemuan ini dapat memperkukuhkan hubungan kerjasama antara pihak MBAS, LADA, dan MPLBP dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.
Turut hadir dalam kunjungan ini ialah Naib Presiden PEJUTA, LSr Hj Ahmad Wizan Mohd Thani; Wakil PEJUTA Negeri Kedah, LSr Mansor Bahari dan Ketua Bahagian Kualiti dan Komunikasi Korporat MBAS, En. Mohamad Syafiq Mohamad Najib.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'