MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1447H/2025M PERINGKAT DUN KUBANG ROTAN

Alor Setar, 6 September 2025 (Sabtu) – Tuan Setiausaha Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), En. Mohamad Shahuri Mohamad Norlin telah hadir mewakili Datuk Bandar Alor Setar ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1447H/2025M peringkat DUN Kubang Rotan yang diadakan bertempat di Masjid Nurul Ehsan, Kubang Rotan. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Negeri Kedah merangkap ADUN Kubang Rotan, YB Dato’ Haji Mohd Salleh Saidin.
 
Antara aktiviti yang diadakan adalah perarakan, marhaban, berzanji dan bacaan rawi yang melibatkan penyertaan semua 13 masjid di kawasan DUN Kubang Rotan.
 
Selain itu, majlis turut disemarakkan dengan pelbagai acara antaranya, ceramah Maulidur Rasul, jualan rahmah, pemeriksaan kesihatan percuma, pemeriksaan mata percuma, kaunter untuk kelas belajar memandu, dan pertandingan memasak.
 
Kemuncak acara menyaksikan penyampaian Anugerah Maulidur Rasul Peringkat DUN Kubang Rotan 2025 yang meliputi kategori surau, masjid, tokoh dan Anugerah Khas.
 
Skip to content