MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W. PERINGKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN TAHUN 2025M/1447H
Alor Setar, 5 September 2025 (Jumaat) – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya telah hadir ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2025 yang diadakan bertempat di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman.
Sultan Negeri Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah mencemar duli berangkat ke majlis tersebut.
Berangkat hadir sama Raja Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin.
Kebawah DYMM Tuanku Sultan Kedah turut perkenan menzahirkan titah ucapan serta menganugerahkan Anugerah Tokoh Imam kepada Tuan Haji Mokhtar bin Zakaria, Imam Masjid Jamek Al-Ikram, Yan serta Anugerah Khas kepada Ustaz Mohd Naim Islam bin Abdullah, Pegawai Divisyen Pembangunan Mualaf dan Dakwah Sosial, Lembaga Zakat Negeri Kedah.
Hadir sama Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor; Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, YBhg. Dato’ Seri Norizan Khazali; Mufti Negeri Kedah, YBhg. Dato’ Paduka Dr. Syeikh Fadzil Awang; Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri; Timbalan Pengarah (Operasi) JHEAIK, YBhg. Dato’ Syeikh Ismi Anuar Abdul Halim; serta para pegawai kerajaan negeri dan persekutuan.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'