PROGRAM GOTONG-ROYONG "REZEKI SEKAMPUNG", PEMBERSIHAN KAWASAN TAPAK PENJAJA BAGI PENYUSUNAN SEMULA PENJAJA-PENJAJA TANDOP

Alor Setar, 6 September 2025 (Sabtu) – Program gotong-royong “Rezeki Sekampung” yang telah diadakan pagi tadi bertempat di kawasan tapak penjaja Tandop, Alor Setar. Program ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk membersihkan kawasan tapak penjaja tersebut bagi pelaksanaan penyusunan semula penjaja-penjaja di kawasan itu.
 
Gotong-royong tersebut dilaksanakan dengan kerjasama SWCorp, E-Idaman Sdn Bhd, JKR Daerah Kota Setar, PDRM, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah, THB Maintenance Sdn. Bhd. serta penjaja-penjaja terlibat.
 
Usaha penyusunan semula semua penjaja di Bandaraya Alor Setar dilaksanakan bagi memastikan semua penjaja dan peniaga kecil mematuhi syarat lesen penjaja serta menstrukturkan semua kawasan perniagaan di Bandaraya Alor Setar dengan lebih tersusun dan kemas.
 
Turut hadir dalam program tersebut ialah Timbalan Setiausaha MBAS, Encik Azlizam Jaafar Sidik; Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran MBAS, En. Khairudin Idris; Ahli Majlis Zon 2 MBAS, En. Osman Zakba Saad; Pengarah Jabatan Kewangan MBAS merangkap Penolong Pegawai Kawasan Zon 2, En. Mohamad Najib Bin Mohd Salleh; Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu (PPPKM), YBrs. En. Mohd. Nazri Bin Kamaruzzaman; Ketua Bahagian Pengurusan Pasar dan Penjaja, Puan Nor Shakila Che Ali serta pegawai-pegawai terlibat.
 
Skip to content