Lawatan Kerja Ahli Jawatankuasa Osc Dan Ahli Majlis Majlis Perbandaran Kubang Pasu Ke Projek Pelabuhan Darat (Inland Port) BKH ICD Sdn. Bhd.

Bukit Kayu Hitam, 10 September 2025 (Rabu) – Ahli Jawatankuasa OSC bersama Ahli Majlis Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) telah mengadakan satu lawatan kerja ke Projek Pelabuhan Darat (Inland Port) yang diusahakan oleh BKH ICD Sdn. Bhd.

Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran jelas berhubung pembangunan serta operasi projek tersebut yang berpotensi menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi setempat. Sepanjang lawatan, delegasi MPKP turut diberi taklimat mengenai fungsi, kemudahan serta peranan projek berkenaan dalam memperkukuh rangkaian logistik dan perdagangan di wilayah utara Semenanjung.

Selain itu, pihak MPKP juga berpeluang meninjau sendiri kawasan projek bagi menilai keadaan semasa serta memahami potensi yang ada dari aspek pembangunan infrastruktur dan kemudahan sokongan. Lawatan ini sekali gus menjadi platform penting untuk MPKP menilai keberkesanan projek dalam menyokong agenda pembangunan daerah dan kesejahteraan masyarakat setempat.

#perbandaranbersihindah

#majlisperbandarankubangpasu

#MPKP

🖱 Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/

📱 Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu

📲 Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/

💻Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu

📱 WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1

Skip to content