MBAS TERIMA ANUGERAH KHAS “EXCELLENCE IN URBAN ENVIRONMENTAL MANAGEMENT RECOGNITION” DI 20TH ANNIVERSARY WMAM ANNUAL CONFERENCE 2025

Kuala Lumpur, 8 September 2025 (Isnin) – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menerima Anugerah Khas “Excellence in Urban Environmental Management Recognition” sempena 20th Anniversary Waste Management Association of Malaysia (WMAM) Annual Conference 2025 yang berlangsung di The Royal Chulan, Kuala Lumpur, malam tadi.
 
Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar bin Yahya hadir menerima penganugerahan tersebut yang mengiktiraf penglibatan serta sumbangan aktif MBAS dalam aspek pengurusan alam sekitar, khususnya melalui pelbagai inisiatif bersama komuniti setempat.
 
Pada majlis sama, YBhg. Datuk Bandar turut menerima anugerah “Recognition on Waste Management Initiatives” sebagai pengiktirafan terhadap kepimpinan berterusan beliau dalam memperkukuh pengurusan sisa pepejal di setiap organisasi yang diterajui.
 
Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN), Dato’ Ir. Gs. Dr. Mohd Azhar bin Abd. Hamid sempena 20th Anniversary of Waste Management Association of Malaysia (WMAM) Annual Conference 2025.
 
MBAS akan terus komited dalam memastikan pengurusan alam sekitar di bandaraya Alor Setar akan terus terpelihara bagi memastikan Alor Setar bandaraya pelancongan bersih selaras dengan misi MBAS untuk mencapai perbandaran berdayahuni 2035.
 
 
Skip to content