PEMAKLUMAN
PARKING BERPALANG: CARA MASUK DAN KAEDAH PEMBAYARAN
Melalui hantaran di media sosial rasmi Majlis Perbandaran Sungai Petani mengenai parking berpalang, seperti yang diumumkan parking berpalang akan dilaksanakan di kawasan Lagenda Heights, Taman Pekan Baru dan N-City.
TERDAPAT 3 KAEDAH BAYARAN YANG BOLEH DIBUAT :
- Menggunakan Aplikasi Flexi Parking
- Touch n Go
- Kad bank Debit/Kredit
Bagi pengguna aplikasi Flexi Parking, anda hanya perlu membuka aplikasi untuk membuat bayaran.
Cara Menggunakan Aplikasi Flexi Parking:
Buka aplikasi Flexi Parking.
Pilih nombor kenderaan yang digunakan.
Tekan butang “Membenarkan LPR” atau Imbas Kod QR yang tertera di terminal parkir semasa masuk dan keluar.
Dengan adanya sistem ini, urusan parkir menjadi lebih mudah, cepat dan tersusun untuk keselesaan semua.