MAJLIS PERASMIAN PROGRAM MADANI RAKYAT 2025 KEDAH DIRASMIKAN OLEH YAB PERDANA MENTERI

Program MADANI Rakyat 2025 Kedah telah dilancarkan secara rasmi oleh YAB Perdana Menteri Malaysia dalam satu majlis gilang-gemilang yang berlangsung di Dewan Tunku Abdul Rahman, Baling, Kedah.

Program ini dianjurkan sebagai salah satu inisiatif kerajaan untuk mendekatkan perkhidmatan agensi-agensi kerajaan dengan rakyat serta memperkukuh jalinan komunikasi dua hala antara kerajaan dan komuniti setempat. Ia turut menjadi platform penyampaian maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan dan peluang-peluang yang tersedia di bawah kerangka Malaysia MADANI.

Majlis turut dihadiri oleh Yang Dipertua, Yang Mulia Tunku Iskandar Shah bin Tunku Muszaffar Shah bersama barisan pengarah-pengarah jabatan dan pengarah-pengarah bahagian MPSPK, yang hadir bagi menunjukkan sokongan terhadap aspirasi kerajaan dalam menjayakan agenda pembangunan inklusif dan sejahtera untuk semua lapisan masyarakat.

MPSPK menyambut baik pelaksanaan program ini dan akan terus komited dalam menyokong segala usaha ke arah memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam yang cekap, telus dan mesra rakyat.

Sumber gambar : Urus Setia Penerangan Darul Aman – UPDA

Skip to content