MBAS LAKSANA OPERASI BERSEPADU ROBOH PAPAN IKLAN TIDAK BERLESEN

Pokok Sena, 11 September 2025 (Khamis) – Majlis Bandaraya Alor Setar melalui Bahagian Inspektorat Kesihatan, Bahagian Penguatkuasaan, Bahagian Pelesenan dan Unit Rondaan Dan Penyelenggaraan (URDP) telah menjalankan satu Operasi Bersepadu Meroboh Papan Iklan Tidak Berlesen di sepanjang Jalan Kolon hingga ke Pekan Pokok Sena.
 
Hasil daripada operasi yang dijalankan, kira-kira 9 papan iklan tidak berlesen telah dibina tanpa kebenaran di sepanjang bahu jalan kawasan tersebut. Tindakan meroboh dan sitaan diambil serta-merta serta lima (2) kompaun kepada pemilik papan iklan berkenaan telah dikeluarkan.
 
Tindakan ini diambil mengikut peruntukan di bawah Undang-Undang Kecil Iklan (MBAS) 2010 bagi memastikan setiap pemasangan papan iklan harus mempunyai lesen serta mematuhi syarat-syarat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.
 
Pihak MBAS akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari masa ke semasa. Justeru, semua permohonan binaan papan iklan di Bandar Raya Alor Setar dan Pokok Sena haruslah dipohon melalui pihak MBAS terlebih dahulu bagi mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
 
Skip to content