Pemakluman Berkenaan Jenis Petak Parkir Penjaja Dan Sewa Khas Dibawah Majlis Perbandaran Kubang Pasu

Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) telah memperkenalkan petak parkir penjaja dan sewa khas di beberapa lokasi terpilih sekitar daerah Kubang Pasu. Inisiatif ini dilaksanakan bagi memastikan aktiviti penjajaan dapat diurus secara lebih sistematik, tersusun dan tidak menjejaskan kelancaran lalu lintas serta penggunaan tempat letak kereta awam.
Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) yakin langkah ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak termasuk penjaja, pengguna jalan raya serta masyarakat setempat. Dengan adanya sistem pengurusan parkir penjaja dan sewa khas ini, MPKP berhasrat untuk mewujudkan suasana bandar yang lebih teratur, mesra pengguna serta menyokong perkembangan ekonomi tempatan secara mampan.
 
Skip to content