SEMBURAN KABUS (FOGGING) DI MUZIUM NEGERI KEDAH BERSEMPENA PROGRAM “BERMALAM DI MUZIUM 2025"

Alor Setar, 12 September 2025 (Jumaat) – Bahagian Kawalan Penyakit dan Promosi Kesihatan, Majlis Bandaraya Alor Setar sentiasa proaktif dalam memastikan persekitaran bebas daripada ancaman nyamuk Aedes.
 
Bersempena dengan Program Tahunan “Bermalam di Muzium” anjuran Lembaga Muzium Negeri Kedah yang melibatkan seramai 80 orang murid dari seluruh negeri, pasukan MBAS telah melaksanakan aktiviti semburan kabus (fogging) di kawasan sekitar muzium.
 
Bagi memastikan keberkesanan, 2 kumpulan dengan 2 unit mesin thermal telah digerakkan bagi menjalankan operasi kawalan vektor ini. Usaha ini dilaksanakan bagi membunuh nyamuk dewasa serta mencegah penularan penyakit bawaan vektor dalam kalangan peserta dan pengunjung program.
 
Skip to content