LEBIH 1000 PESERTA SERTAI ISUZU 15TH CYCLE FOR HEALTH 2025
Alor Setar, 16 September 2025 (Selasa) – Lebih 1000 peserta memeriahkan acara Isuzu 15th Cycle For Health ‘Mai Singgah Alor Setar Lagi’ yang diadakan sempena sambutan Hari Malaysia 2025. Acara kayuhan santai ini melibatkan kayuhan sejauh 60 kilometer (terbuka) dan 14 kilometer (vvip) merentasi laluan di sekitar Bandar Raya Alor Setar dan Pokok Sena, yang bertujuan untuk mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.
Peserta kayuhan dilepaskan seawal jam 7.00 pagi di hadapan pejabat Isuzu Cawangan Alor Setar, Isuzu Indah Utara Auto Sdn Bhd. Tuan Setiausaha MBAS, En. Mohamad Shahuri Mohamad Norlin, bersama-sama dengan Ahli Majlis MBAS, Dato’ Chng Boon Chye, Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Mr. Kenichi Kudo, Pengarah Urusan Isuzu Indah Utara Auto Sdn Bhd, Mr. Poh Seng Hooi, Pengarah Isuzu Indah Utara Sdn Bhd, Mr. Poh Seng Keong, President LM Bikers, Mr. Poh Cheng Hai, dan Captain LM Bikers, Mr. Fong Chan Hap.
Acara ini bukan sahaja menjadi platform untuk mempromosikan aktiviti sukan, tetapi juga untuk mempereratkan hubungan antara komuniti tempatan dan penggemar sukan berbasikal dari seluruh negara.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'