πŸŽ‰πŸŒΎ π…πˆπ„π’π“π€ πŽπ‘π€ππ† πŠπ€πŒππ”ππ† 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 π˜π€π πŸπŸŽπŸπŸ“ πŸŒΎπŸŽ‰

Fiesta Orang Kampung Daerah Yan 2025 telah berjaya dilaksanakan dengan penuh kemeriahan pada 13 & 14 September 2025 (Sabtu & Ahad). Program ini menjadi platform penting dalam mengangkat warisan budaya, memperkukuh semangat kekitaan serta menyemarakkan identiti kampung dengan pelbagai aktiviti tradisional, sukan rakyat, pertandingan, persembahan kebudayaan serta cabutan bertuah yang mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Ustaz Mohd Azam bin Abd Samat, sementara turut hadir memeriahkan majlis ialah YB. Tn. Hj. Abdul Ghafar bin Saad, ADUN Guar Chempedak serta Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, Puan Hajah Maznim binti Ismail, AMK., BCK. Kehadiran para jemputan VVIP ini bukan sahaja menyerikan majlis perasmian, malah menjadi bukti sokongan padu terhadap usaha murni mengangkat budaya kampung sebagai asas keharmonian dan perpaduan masyarakat.

Sepanjang dua hari penganjuran, fiesta dipenuhi dengan pelbagai pengisian menarik antaranya Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Yan, Pertandingan Musang Berjanggut, Panjat Tiang Licin, Pahlawan Pukul Bantal, Sepak Raga Tuju, Pertandingan Memasak, Pertandingan Orang-Orangan, Bendang Netball 3 on 3, Bendang Soccer, Mencari Encik Badang, Pertandingan Memancing, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak, Senamrobik bertema β€œOrang Kampung”, di samping persembahan Silat Tari, Wayang Kulit serta Forum Agama.

Selain itu, turut diadakan pameran daripada pelbagai agensi luar seperti ICON Yan, Bank Simpanan Nasional (BSN), Pejabat Kesihatan dan Pergigian Guar Chempedak serta Lembaga Zakat yang menambah nilai informasi, khidmat komuniti dan keterlibatan masyarakat sepanjang program berlangsung.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak penganjur, urusetia, peserta, sukarelawan, agensi terlibat, para jemputan serta seluruh masyarakat yang hadir bagi menjayakan Fiesta Orang Kampung Daerah Yan 2025. InshaAllah, program tahunan ini akan diteruskan lagi pada tahun hadapan dengan pengisian yang lebih menarik dan meriah.

untuk gambar penuh :- https://www.facebook.com/share/p/17FfC1uLoe/

Skip to content