18 September 2025, Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) menerima kunjungan syarikat pelabur dari China, Goermicro, yang bakal membangunkan kilang semikonduktor kedua terbesar selepas AT&S di kawasan Kulim Hi-Tech Park (KHTP) Fasa 4A.

YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua MPKK telah mempengerusikan Mesyuarat Pra-Perundingan bersama delegasi pelabur yang diselaraskan oleh Unit MyMudah, Jabatan Perancangan dan Landskap MPKK. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh agensi teknikal iaitu pihak JKR, JPS, JAS, SADA, NUR Power Sdn. Bhd., IWK serta jabatan teknikal dalaman MPKK.

Projek pembangunan Goermicro ini dijangka bermula pada bulan November 2025 dan jangkaan siap adalah menjelang bulan Mac 2027. Projek ini juga telah melalui proses E-10 MPKK (Permit Pembinaan Ekspres), yang menjadi antara pemangkin utama mempercepatkan kelulusan dan pembangunan industri strategik di Kulim.

Fasa pertama pembangunan ini bakal mewujudkan hampir 1,800 peluang pekerjaan dan jumlah tersebut dijangka meningkat sehingga 2,600 orang pada fasa seterusnya.

MPKK komited menyokong pelabur demi memperkukuh ekonomi setempat dan menjadikan Kulim sebagai hab pelaburan utama negeri Kedah, sekali gus mendokong aspirasi The Greater Kedah di bawah Kerajaan Negeri Kedah.

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

#thegreaterkedah

#KulimSmartCity

Skip to content