MBAS, PKD KOTA SETAR LAKSANA OPERASI PENGUATKUASAAN BERSEPADU AEDES DI TAMAN NURI, ALOR SETAR.

Alor Setar, 24 September 2025 (Rabu) – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah menjalankan satu Operasi Penguatkuasaan Bersepadu Aedes bilangan 4 bagi tahun 2025 yang diadakan bertempat di Taman Nuri, Alor Setar. Operasi ini turut melibatkan Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar, Jabatan di MBAS iaitu Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Bahagian Penguatkuasaan.
 
Hasil daripada laporan Operasi Bersepadu yang telah dijalankan, sebanyak 217 buah rumah telah dilawati dan 90 buah rumah dapat diperiksa oleh pegawai bertugas. Sebanyak 114 buah rumah adalah berkunci dan tidak mendapat kerjasama penduduk untuk dibuat pemeriksaan manakala sebanyak 13 buah rumah adalah kosong. Pihak MBAS tidak mengeluarkan sebarang notis atau kompaun kerana secara keseluruhan kawasan perumahan berada dalam keadaan bersih dan penduduk mematuhi arahan notis kebersihan ya g telah diedarkan sebelum operasi dijalankan.
 
Selain itu, Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar telah mengeluarkan 2 notis kompaun di bawah seksyen 13 kesalahan membiak serangga pembawa penyakit Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dan 2 notis pungutan larva dari premis ( Kesalahan dibawah Akta Pemusnah serangga Pembawa Penyakit 1975 )
 
Pemeriksaan berkala secara berjadual akan diteruskan dari semasa ke semasa. Sehubungan itu, pihak MBAS menyeru agar setiap masyarakat memberikan kerjasama agar memastikan tiada pembiakan aedes di sekeliling rumah sama ada dalam dan luar rumah dengan menghapuskan tempat yang berpotensi untuk pembiakan nyamuk Aedes.
 
Skip to content