OPERASI PEMERIKSAAN KEBERSIHAN DAN LESEN PREMIS MAKANAN | 8 KOMPAUN DIKELUARKAN ATAS PELBAGAI KESALAHAN
Alor Setar, 21 September 2025 (Ahad) – Majlis Bandaraya Alor Setar melalui Bahagian Inspektorat Kesihatan dan Bahagian Penguatkuasaan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kota Setar telah menjalankan satu Operasi Pemeriksaan Kebersihan dan Lesen Premis makanan di sekitar Jalan Sultan Badlishah, Alor Setar.
Hasil daripada pemeriksaan yang telah dijalankan ke atas sebuah premis dan beberapa penjaja, pihak MBAS telah mengeluarkan lima (5) kompaun atas kesalahan tiada lesen MBAS (4 kompaun) dan tidak menyediakan perangkap minyak (1 kompaun).
Manakala pihak PKD Kota Setar telah mengeluarkan 3 kompaun atas kesalahan pekerja tiada kad suntikan tifoid dan premis penjaja didapati kotor semasa pemeriksaan dijalankan.
Operasi pemeriksaan berkala secara berjadual akan diteruskan dari semasa ke semasa. Justeru, semua pemilik premis/peniaga dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'


