400 PESERTA JAYAKAN PROGRAM BULAN MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA HEPILI PERINGKAT DAERAH KOTA SETAR
Alor Setar, 25 September 2025 (Khamis) – Majlis Bandaraya Alor Setar melalui Bahagian Kawalan Penyakit dan Promosi Kesihatan telah menyertai Program Bulan Malaysia Sihat Sejahtera HEPILI Peringkat Daerah Kota Setar yang dianjurkan oleh Wellness Hub Alor Setar, Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar dengan menekankan kepentingan gaya hidup sihat serta penglibatan menyeluruh masyarakat.
Program tersebut telah dirasmikan oleh Pegawai Kesihatan Daerah Kota Setar, YBrs. Dr. Haji Mohd Zukri Bin Ibrahim. Objektif utama program adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat dan pelajar tentang kepentingan penjagaan kesihatan dan memperkukuh kerjasama strategik antara agensi kerajaan, sekolah, dan pihak berkuasa tempatan.
Antara aktiviti utama yang dijalankan sepanjang program ini ialah Pameran Kesihatan, Saringan Kesihatan, Senam Sihat, Explorace Kesihatan HEPILI, serta pertandingan seperti Thinking Health Challenge dan Mrs & Mr Sihat.
Bahagian Kawalan Penyakit dan Promosi Kesihatan MBAS terlabat dalam mengendalikan Pertandingan Thinking Health Challenge yang melibatkan para pelajar tingkatan satu, dua dan tiga. Pegawai Kesihatan Persekitaran MBAS, Pn Jazilah bt Jalaluddin turut dijemput sebagai penceramah pendidikan kesihatan kepada semua peserta.
Program ini telah disertai dengan anggaran seramai 400 orang peserta yang terdiri daripada pelajar, guru, serta wakil agensi kerajaan. Secara keseluruhannya, program Bulan Malaysia Sihat Sejahtera HEPILI Peringkat Daerah Kota Setar 2025 telah berjaya mencapai objektif yang disasarkan. Sambutan yang menggalakkan daripada peserta serta sokongan padu daripada agensi-agensi terlibat membuktikan komitmen bersama dalam menjayakan agenda Malaysia Sihat Sejahtera 2025.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'





