PEMAKLUMAN
HANYA SEKUPANG, ANDA BOLEH BERNIAGA
Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) sentiasa menghargai para peniaga kecil yang menjadi nadi ekonomi tempatan. Demi menyokong kelangsungan perniagaan rakyat, MPSPK menawarkan caj lot niaga hanya SEKUPANG (RM0.10) sahaja.
Dengan kadar serendah ini, para peniaga boleh terus berniaga dengan lebih tenang, pelanggan pun gembira membeli, dan suasana bandar kita jadi lebih meriah.
Namun begitu, semua peniaga diingatkan agar sentiasa mematuhi syarat-syarat berikut:
- Tidak dibenarkan ‘cup’ lot niaga lebih awal daripada masa ditetapkan.
- Tapak niaga adalah bebas, tiada milikan kekal.
- Tidak boleh meninggalkan sebarang peralatan niaga selepas tamat waktu perniagaan.
- Kebersihan tapak niaga hendaklah sentiasa dijaga sebelum, semasa dan selepas berniaga.
- Peniaga WAJIB bertanggungjawab terhadap sampah sarap, perlu dibuang dan TIDAK BOLEH tinggalkan sampah sarap.
- Patuhi peraturan & masa operasi yang telah ditetapkan oleh MPSPK.
- Berniaga dengan tertib, aman dan tidak mengganggu orang lain.
Inisiatif ini adalah tanda keprihatinan MPSPK dalam:
- Menggalakkan ekonomi komuniti
- Meringankan beban peniaga kecil
- Mewujudkan bandar Sungai Petani yang lebih hidup, bersih dan mesra perniagaan
Ingat ya, sekupang ja cajnya, tapi sikap kita menentukan suasana bandar kita. Sama-sama kita berniaga dengan beretika demi kebaikan semua.
𝐒𝐞𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐧𝐣𝐮𝐭, 𝐬𝐢𝐥𝐚 𝐡𝐮𝐛𝐮𝐧𝐠𝐢 𝟬𝟰-𝟰𝟮𝟵𝟲𝟲𝟲𝟲 𝘀𝗮𝗺𝗯𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗸𝗲 𝗝𝗮𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗹𝗲𝘀𝗲𝗻𝗮𝗻.
