𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐅𝐎𝐂𝐔𝐒 𝐆𝐑𝐎𝐔𝐏 𝐃𝐈𝐒𝐂𝐔𝐒𝐒𝐈𝐎𝐍 (𝐅𝐆𝐃) ~ 𝐊𝐚𝐣𝐢𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐤 𝐋𝐚𝐧𝐝𝐬𝐤𝐚𝐩 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐘𝐚𝐧 𝟐𝟎𝟑𝟕

Majlis Daerah Yan (MDY) dengan kerjasama Jabatan Landskap Negara (JLN) dan Pasukan Perunding yang dilantik Cloustan Design (M) Sdn. Bhd. telah mengadakan Program Focus Group Discussion (FGD) bagi Kajian Pelan Induk Landskap Daerah Yan 2037, Kedah Darul Aman pada 2 Oktober 2025 (Khamis), jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang bertempat di Dewan Lestari, Guar Chempedak, Kedah.

Seramai lebih kurang 70 orang peserta meliputi para penjawat awam persekutuan dan negeri yang terdiri dari pelbagai jabatan / agensi, wakil-wakil YB Ahli Parlimen dan ADUN, para Ahli Majlis MDY, Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Jabatan/Unit dalaman MDY, wakil komuniti yg terdiri daripada pengerusi Komuniti Rukun Tetangga (KRT) termasuk barisan urusetia MDY, JLN dan Perunding hadir ke program tersebut.

Program ini diadakan bagi mendapatkan maklumat dan membincangkan hala tuju pembangunan landskap di Daerah Yan secara lebih komprehensif dan inklusif. Melalui perbincangan berfokus mengikut tema iaitu Kumpulan 1 : Perbandaran, Kumpulan 2 : Geofizikal, Kumpulan 3 : Sosioekonomi & Pelancongan, serta Kumpulan 4 : Sosiobudaya & Pelancongan berjaya mendapatkan pelbagai input, pandangan serta cadangan bernas yang bakal dimanfaatkan dalam penyediaan kajian ini.

Pelaksanaan FGD ini menjadi platform penting dalam memastikan aspirasi pembangunan landskap di daerah ini selaras dengan keperluan komuniti, potensi pelancongan, serta identiti budaya tempatan.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua yg terlibat di dalam program ini. Diharap program ini dapat memberi input kepada pasukan kajian dalam menghasilkan kajian ini khususnya bagi Laporan Teknikal yang lebih berkualiti dan tepat.

Skip to content