







5 Oktober 2025- Dewan Komuniti Taman Jati, Kulim menjadi tumpuan warga setempat apabila Program Hari Bertemu Pelanggan MPKK Zon 1, Zon 2 & Zon 5 Ahli Majlis dan Pegawai Kawasan MPKK berlangsung dengan penuh meriah dan jayanya.
Program ini memberi peluang kepada penduduk berinteraksi terus dengan pihak MPKK melalui Kaunter Perkhidmatan Bergerak yang disediakan, selain menjadi platform untuk berkongsi pandangan dan memperkukuh hubungan antara Ahli Majlis serta komuniti setempat.
Turut hadir, Puan Noorul Azyyati binti Ahmad Salmi, Puan Setiausaha bersama Ahli-Ahli Majlis, Pengarah dan anggota MPKK yang hadir menyantuni masyarakat dengan penuh mesra.
Antara pengisian menarik yang mendapat sambutan penyertaan warga komuniti;-
Jualan Rahmah
Pertandingan Mewarna dan Gubahan Bunga
Pameran Agensi Kerajaan dan Swasta
Pertukaran Tong Sampah Baharu oleh E-Idaman Sdn. Bhd.
Car Boot Sale
Cabutan Bertuah
Setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan kepimpinan Zon terlibat iaitu Tuan Abdullah bin Che Ya, Ahli Majlis Zon 1 dan pegawai kawasan En. Mohd Faizul bin Abd Rahman; Tuan Annuar bin Hassan, Ahli Majlis Zon 2 dan pegawai kawasan En. Shuhaimi bin Sgawi, dan wakil Ahli Majlis dan pegawai kawasan Zon 5 serta seluruh ahli jawatankuasa MPKK atas kerjasama dan dedikasi menjayakan program ini.
Hari Bertemu Pelanggan ini bukan sekadar ruang untuk urusan rasmi, tetapi juga menjadi simbol keakraban antara MPKK dan komuniti Kulim di mana suara penduduk didengar, dan setiap pandangan dihargai.
MPKK menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pengunjung, rakan strategik dan petugas yang terlibat.
Semoga semangat kerjasama ini terus mekar demi kesejahteraan bersama.