Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Presiden Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS), YBhg. Laksamana Madya Datuk Sabri bin Zali dan Mejar Jeneral Abdul Karim bin Ahmad, Komandan Maktab Ketahanan Nasional (National Resilience College) pada 30 September 2025.

Kunjungan ini bertujuan membincangkan pelaksanaan Program Pemantapan Integriti Kepimpinan kepada pegawai dan anggota MPKK yang akan dilaksanakan oleh pihak MPKK dengan kerjasama PUSPAHANAS.

Delegasi MPKK diketuai oleh YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua MPKK, bersama-sama Puan Noorul Azyyati binti Ahmad Salmi, Setiausaha dan diiringi oleh beberapa orang pengarah serta pegawai yang terlibat.

Pihak MPKK berterima kasih kepada President dan pegawai PUSPAHANAS yang sudi menerima kunjungan MPKK. Majlis Perbandaran Kulim berharap kerjasama strategik ini dapat memperkukuh nilai integriti, kepimpinan serta kecemerlangan pentadbiran dalam kalangan warga organisasi MPKK.

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

#KerjasamaStrategik

#puspahanas

Skip to content