PERSIDANGAN KESIHATAN PERSEKITARAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN DAN SAMBUTAN HARI KESIHATAN PERSEKITARAN SEDUNIA (SHKPS) PERINGKAT KPKT 2025.

BANGI, 9 Oktober 2025 – Persidangan Kesihatan Persekitaran Pihak Berkuasa Tempatan dan Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia (SHKPS) Peringkat Kebangsaan 2025 yang berlangsung di Bangi Avenue Convention Centre telah dirasmikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Tuan Nga Kor Ming berkata, SHKPS adalah acara tahunan sejak 2012 bagi mempromosi peranan KPKT dan 156 PBT dalam menjaga kebersihan serta mencegah penyakit di peringkat komuniti yang bertemakan “Persekitaran Sejahtera, Masyarakat Harmoni, Negara MADANI”.

SHKPS 2025 turut mengiktiraf PBT cemerlang menerusi pelaksanaan kempen kesihatan serta Penarafan Bintang Audit Teknikal (PBAT). Enam sub program utama diperkuatkan: Kempen Cegah Denggi, Basmi Tikus, Premis Makanan Bersih, Pasar Bersih, Tandas Awam “BMW” dan Pengurusan Haiwan Terbiar.

Majlis Perbandaran Kubang Pasu telah mendapat pengiktirafan 5 bintang untuk Program Penarafan Bintang Audit Teknikal Perkhidmatan Kesihatan Persekitaran PBT (PBAT) 2025. Tuan Yang Dipertua MPKP, Encik Badrulhisham bin Haji Sulaiman bersama Tuan Setiausaha, Encik Faizal Azli bin Ghazali telah hadir ke majlis SHKPS bagi menerima anugerah ini.

MPKP akan terus komited di dalam meningkatkan tahap kesihatan persekitaran dalam aktiviti kawalan vektor, kawalan anjing liar,kebersihan dan keselamatan premis makanan, kebersihan tandas awan dan program- program komuniti di Daerah Kubang Pasu.

#MalaysiaMADANI#Kesejahteraan#StrongerTogether#DemiPertiwi#UnityInDiversity#RancakkanMADANI

#perbandaranbersihindah

#majlisperbandarankubangpasu

#MPKP

🖱 Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/

📱 Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu

📲 Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/

💻Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu

📱 WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1

Skip to content