PEMAKLUMAN
SEKUPANG BARU KAT MANA? KAMI NAK DENGAR CADANGAN ANDA!
Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) sedang meneliti cadangan untuk menambah lokasi baharu Laman Niaga Sekupang bagi memberi lebih banyak peluang kepada peniaga kecil dan memeriahkan lagi ekonomi tempatan.
Kami nak dengar pandangan warga Sungai Petani sendiri.
Di mana lokasi yang anda rasa paling sesuai & strategik untuk diwujudkan lagi Laman Niaga Sekupang?
Tempat yang senang orang datang, ada kemudahan parkir, dan boleh tarik lebih ramai pengunjung yang memberikan keselesaan kepada semua peniaga dan pembeli!
Kongsi cadangan anda di ruangan komen
Pendapat anda akan membantu kami merancang dengan lebih baik demi kebaikan bersama.
