PEMAKLUMAN
INISIATIF MPSPK PRIHATIN WARGA EMAS
“Ringankan Beban, Kembalikan Senyuman”
Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) sentiasa komited dalam memastikan kesejahteraan semua lapisan masyarakat, termasuk golongan warga emas yang menjadi sebahagian penting dalam komuniti kita. Sebagai tanda keprihatinan, MPSPK akan mengadakan “Program Warga Emas Di Hati” sebagai inisiatif khas bantuan kerja-kerja pembersihan di taman-taman perumahan yang dihuni oleh warga emas disekitar kawasan pentadbiran MPSPK.
Tujuan utama program ini adalah untuk membantu mereka menikmati persekitaran tempat tinggal yang bersih, selamat dan selesa, di samping meringankan beban tugasan harian yang mungkin tidak lagi mampu dilakukan sendiri. Melalui pelaksanaan inisiatif ini, MPSPK bukan sahaja menekankan aspek kebersihan dan kesihatan awam, tetapi juga memperkukuh nilai kemasyarakatan menghargai jasa dan pengorbanan warga emas yang pernah berbakti kepada pembangunan komuniti.
Kriteria warga emas yang perlu dibantu adalah seperti berikut:
- Warga emas yang tinggal berdua bersama pasangan / Sebatang kara / Orang kurang upaya
- Warga emas yang tinggal berseorangan / Sebatang kara / Orang kurang upaya
Apakah yang perlu anda lakukan?
- MPSPK mengalu-alukan cadangan daripada orang ramai untuk mengenal pasti warga emas yang sesuai bagi pelaksanaan program ini.
- Imbas QR code yang disediakan untuk menghantar cadangan anda!
- Marilah bersama-sama kita membina komuniti yang prihatin dan sejahtera.
Pendaftaran boleh dibuat mulai 12 Oktober 2025 hingga 16 Oktober 2025.
Sebarang pertanyaan sila hubungi talian 04-429 6666, berhubung dengan Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar.
