𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐃𝐘 𝐅𝐔𝐍 𝐈𝐍𝐃𝐎𝐎𝐑 𝐆𝐀𝐌𝐄 𝟐𝟎𝟐𝟓 ![]()
![]()
![]()
![]()
Sempena sambutan Hari Sukan Negara dan Agenda Nasional Malaysia Sihat Tahun 2025, Majlis Daerah Yan telah menganjurkan Program MDY Fun Indoor Game yang telah berlangsung pada 12 Oktober 2025 bertempat di Dewan Dato Madi, Yan.
Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Puan Hajah Maznim binti Ismail, AMK., BCK, manakala bacaan doa telah dipimpin oleh Tuan Haji Muhamad Fikri bin Haji Ishak, Ahli Majlis, Majlis Daerah Yan.
Program ini melibatkan pelbagai acara menarik seperti karom, pingpong, dart dan congkak, yang disertai oleh warga kerja Majlis Daerah Yan dalam suasana penuh semangat kesukanan dan kekitaan.
Tahniah diucapkan kepada para pemenang serta semua peserta yang telah memberikan komitmen dan semangat juang tinggi sepanjang pertandingan dijalankan.
Penganjuran ini bukan sahaja memperkukuh hubungan silaturrahim sesama warga majlis, malah turut menyemarakkan amalan gaya hidup sihat serta budaya kerja positif selaras dengan aspirasi Agenda Nasional Malaysia Sihat. ![]()
![]()
![]()





