BENGKEL PENYELARASAN DAN PENILAIAN PROGRAM KEMAMPANAN KOMUNITI BANDAR (PKKB) DAN PROGRAM LOCAL AGENDA 21 (LA21) SERTA TAKLIMAT PERMOHONAN PROGRAM KEMAMPANAN KOMUNITI BANDAR (PKKB) DAN LOCAL AGENDA (LA21) TAHUN 2026

Alor Setar, 14 Oktober 2025 (Selasa) – Bengkel Penyelarasan dan Penilaian Program Kemampanan Komuniti Bandar (PKKB) dan Program Local Agenda 21 (LA21) serta Taklimat Permohonan Program Kemampanan Komuniti Bandar (PKKB) Dan Local Agenda (LA21) Tahun 2026 anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang telah berlangsung di Dewan Mesyuarat UTC Kedah.
 
Bengkel ini menghimpunkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dari Kedah, Perlis, Pulau Pinang, dan Kelantan. Fokus utama bengkel tertumpu kepada post-mortem pelaksanaan program PPKB dan LA21 2025, penyampaian taklimat hala tuju dan permohonan program PPKB dan LA21 2026, serta sesi soal jawab bagi memperkukuh strategi kelestarian komuniti bandar di seluruh negara.
 
 
Skip to content