MBAS TERIMA ANUGERAH 5 BINTANG PBAT 2025 SEMPENA SAMBUTAN HARI PERSEKITARAN SEDUNIA (SHKPS) PERINGKAT KEBANGSAAN 2025
Bangi, 9 Oktober 2025 (Khamis) – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah menerima Anugerah 5 Bintang bagi Penarafan Bintang Audit Teknikal (PBAT) Perkhidmatan Kesihatan Persekitaran PBT Tahun 2025, sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan MBAS dalam pelaksanaan perkhidmatan kesihatan persekitaran.
Anugerah berprestij ini disampaikan sempena Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia (SHKPS) Peringkat Kebangsaan 2025 yang berlangsung di Bangi Avenue Convention Centre, Selangor. Bertemakan “Persekitaran Sejahtera, Masyarakat Harmoni, Negara MADANI”, program ini menjadi platform perkongsian ilmu dan inovasi antara PBT dan profesional kesihatan persekitaran.
SHKPS 2025 turut mengiktiraf PBT cemerlang menerusi pelaksanaan kempen kesihatan serta Penarafan Bintang Audit Teknikal (PBAT). Enam sub program utama diperkuatkan: Kempen Cegah Denggi, Basmi Tikus, Premis Makanan Bersih, Pasar Bersih, Tandas Awam “BMW” dan Pengurusan Haiwan Terbiar.
Majlis Bandaraya Alor Setar antara yang diberi penarafan lima bintang sekali gus dikategorikan sebagai PBT Cemerlang PBAT Program Kesihatan Persekitaran JKT 2025. Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya hadir menerima penganugerahan tersebut yang disampaikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Tuan Nga Kor Ming diiringi Ketua Setiausaha KPKT, Datuk M Noor Azman Taib dan Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan, Dato’ Mohd Fadzli Mohd Kenali. Hadir sama ialah Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran, En. Khairudin Idris serta pegawai-pegawai terlibat.
MBAS akan terus komited dalam memastikan persekitaran yang bersih, selamat dan sihat, selaras dengan misi MBAS untuk mencapai perbandaran berdayahuni 2035.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'




