SESI TAKLIMAT DAN LAWATAN TAPAK PROJEK FIZIKAL PROGRAM BANDAR SELAMAT ; INISIATIF PEMUTIHAN KAWASAN ‘BLACKSPOT’ MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR 2025.
Alor Setar, 9 Oktober 2025 (Khamis) – Satu sesi taklimat dan lawatan tapak Projek Bandar Selamat yang dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) tahun 2025 telah diadakan bagi membentangkan status kemajuan pelaksanaan projek serta maklum balas kepada Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa (PLANMalaysia), selaku penyelaras Program Bandar Selamat (PBS).
Projek ini merupakan sebahagian daripada usaha pemutihan kawasan ‘Blackspot’ di bandar raya Alor Setar dengan fokus kepada peningkatan keselamatan awam dan pencegahan jenayah. Projek fizikal yang dilaksanakan melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM550,000, merangkumi pemasangan laluan pejalan kaki dan rel penghadang, papan tanda amaran, serta pemasangan CCTV dan lampu solar di lokasi-lokasi strategik.
Turut hadir dalam sesi taklimat dan lawatan tapak ini ialah wakil daripada pelbagai agensi termasuk Jabatan Rancangan Pembangunan MBAS, Jabatan Kejuruteraan MBAS, Jabatan Penguatkuasaan MBAS, Jabatan Teknologi Maklumat MBAS, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Dadah Kebangsaan (AADK), PLAN Malaysia Kedah serta wakil-wakil lain yang terlibat.
Inisiatif ini dijangka akan meningkatkan tahap keselamatan dan kesejahteraan penduduk setempat, sekali gus menyokong matlamat MBAS untuk mewujudkan persekitaran bandar yang lebih selamat dan kondusif.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'



