PROGRAM PECUTAN AKHIR PELAJAR SPM KUALA MUDA 2025

Telah berlangsung Program Pecutan Akhir Pelajar Spm Kuala Muda 2025 dengan jayanya di Dewan Banquet Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK). Program ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datin Seri Norhasni binti Ishak, Pengerusi PUSPANITA Negeri Kedah, yang sudi hadir bagi merasmikan Program Pecutan Akhir Pelajar SPM Kuala Muda bersama Yang Dipertua MPSPK dan PUSPANITA MPSPK.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK), YM Tunku Iskandar Shah bin Tunku Muszaffar Shah, Encik Yusof bin Ismail, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda, Puan Rafizah binti Hashim, Pengerusi PUSPANITA MPSPK, Setiausaha MPSPK Encik Mohammad Hasbullah bin Abd. Hadi, Puan Syafiqah binti Radzi, Timbalan Pengerusi PUSPANITA MPSPK, Ahli-Ahli Majlis MPSPK, Pengarah-Pengarah Jabatan dan Bahagian serta pegawai-pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda, para guru, dan 390 orang pelajar dari seluruh Daerah Kuala Muda yang bakal menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi.

Dalam ucapan perasmiannya, Yang Berbahagia Datin Seri Norhasni menzahirkan penghargaan atas usaha padu semua pihak dalam menjayakan inisiatif ini, serta menitipkan pesanan yang penuh bermakna kepada anak-anak calon SPM agar kekal fokus, berdisiplin, dan tidak mudah berputus asa. Program ini turut diisi dengan sesi motivasi dan perkongsian semangat daripada barisan penceramah serta guru-guru berpengalaman, yang menjadi pembakar semangat kepada para pelajar menjelang hari peperiksaan.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berbahagia Datin Seri Norhasni binti Ishak atas kehadiran dan sokongan yang amat bermakna. Semoga pesanan dan dorongan beliau menjadi sumber inspirasi buat semua calon SPM 2025 untuk terus melangkah dengan keyakinan menuju kejayaan yang gemilang.

Klik untuk gambar sekitar program
Klik untuk video sekitar program

Skip to content