14 Oktober 2025 – Lawatan kerja daripada Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Kedah bersama Jabatan Pertanian Negeri Kedah serta Pejabat Pertanian Daerah Kulim ke beberapa Kebun Komuniti Bandar di sekitar Daerah Kulim.

Lawatan ini melibatkan tinjauan ke beberapa lokasi kebun komuniti termasuk Kebun Komuniti Taman Angsana, Kebun Komuniti Bandar Permata Lunas, Kebun Komuniti Taman Mahsuri, dan Kebun Komuniti Bandar Taman Serai Setia.

Tujuan utama lawatan ini adalah bagi mengenal pasti projek-projek komuniti yang berpotensi untuk diangkat di bawah Program Mengoptimumkan Penggunaan Tanah dengan Kerjasama Kerajaan Negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak di bawah Program Keterjaminan Makanan Tahun 2025.

Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Kedah, Jabatan Pertanian dan Majlis Perbandaran Kulim dalam memperkukuh inisiatif keterjaminan makanan, pembangunan pertanian bandar, serta penglibatan komuniti setempat dalam aktiviti hijau dan lestari.

MPKK amat menghargai inisiatif dan semangat gotong-royong komuniti kebun yang terus komited mengekalkan serta mengusahakan tanaman mereka secara lestari.

Tahniah diucapkan kepada semua komuniti kebun yang berjaya menjadikan kawasan ini bukan sekadar ruang hijau, tetapi sumber rezeki dan kebanggaan bersama!

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim#KebunKomuniti

#KeterjaminanMakanan#PertanianBandar

#thegreaterkedah

Skip to content