Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) melakar satu lagi kejayaan apabila menerima Penghargaan “Prihatin Warga Emas” daripada YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sempena Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 yang diadakan pada 5 Oktober 2025.

Pengiktirafan ini diberikan atas komitmen MPKK dalam melaksanakan projek mesra warga emas yang membuktikan keprihatinan terhadap kesejahteraan komuniti, khususnya menerusi Projek Prihatin Emas di Taman Tasik Putra, Kulim.

Usaha ini mencerminkan dedikasi MPKK dalam mewujudkan persekitaran yang selamat, inklusif dan mesra untuk semua lapisan masyarakat.

Terima kasih kepada semua warga Kulim yang terus menyokong inisiatif MPKK dalam menjadikan Kulim sebagai bandar yang prihatin dan sejahtera.

#MPKK#MajlisPerbandaranKulim#KulimSejahtera#PrihatinWargaEmas#HariWargaEmas2025#KPWKM#TamanTasikPutraKulim#ProjekPrihatinEmas#PengiktirafanMPKK

Skip to content