PEMAKLUMAN
KAUNTER BERGERAK CUKAI PINTU BULAN OKTOBER 2025
Makluman kepada semua penduduk Sungai Petani dan sekitarnya
Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) akan menyediakan 𝐊𝐚𝐮𝐧𝐭𝐞𝐫 𝐁𝐞𝐫𝐠𝐞𝐫𝐚𝐤 𝐂𝐮𝐤𝐚𝐢 𝐏𝐢𝐧𝐭𝐮 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 Oktober 𝟐𝟎𝟐𝟓.Inisiatif ini bertujuan untuk memudahkan urusan pembayaran cukai pintu oleh penduduk setempat, disamping mendekati penduduk di kawasan sekitar.
Berikut adalah butiran lokasi dan masa operasi kaunter bergerak tersebut:
𝐇𝐚𝐫𝐢: Rabu | 22 Oktober 2025
𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭: Pasar Malam Bandar Puteri jaya
𝐌𝐚𝐬𝐚: 5.00 Petang hingga 8.30 Malam
———————————————————
𝐇𝐚𝐫𝐢: Khamis | 23 Oktober 2025
𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭: Pasar Pagi Taman Intan
𝐌𝐚𝐬𝐚: 8.30 Pagi hingga 11.30 Pagi
Sehubungan itu, orang ramai adalah dijemput hadir untuk membuat pembayaran cukai pintu dengan lebih mudah dan cepat. Pelanggan digalakkan untuk menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai (𝒄𝒂𝒔𝒉𝒍𝒆𝒔𝒔) bagi menyokong inisiatif digitalisasi perkhidmatan awam di bawah kempen KEDAH CASHLESS.
Kaedah pembayaran yang diterima di kaunter bergerak adalah seperti berikut:
- Kad Debit / Kad Kredit (termasuk AMEX)
- Perbankan Dalam Talian
- Dompet Digital (eWallet): TNG eWallet & Boost
Semua pelanggan dinasihatkan untuk memastikan kad dan aplikasi eWallet masing-masing telah diaktifkan sebelum hadir ke kaunter. Pihak MPSPK amat menghargai kerjasama dan sokongan orang ramai dalam menjayakan inisiatif ini demi meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kepada warga Sungai Petani.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak MPSPK di talian rasmi atau layari laman web kami. Jom bayar cukai pintu, tanggungjawab kita bersama.
