







18 Oktober 2025 – Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) bersama APM Delta Seating System Sdn Bhd, disertai warga kerja MPKK, warga komuniti Zon 16 dan PUSPANITA MPKK telah diadakan di Mini Stadium Mahsuri, Padang Serai.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pasukan CSR daripada APM Delta Seating System Sdn Bhd yang diketuai oleh Encik Anand a/l Somasundram yang sudi menawarkan kerjasama atas inisiatif CSR bersama MPKK dalam menjayakan aktiviti pembersihan kawasan persekitaran dan mengecat warna putih bagi menyerikan lagi suasana Mini Stadium Mahsuri, Padang Serai.
Turut hadir menyertai program ini ialah Ahli Majlis Zon 16, Encik Md Nawiral Musafaa Bin Masdom; Pengarah Jabatan Perbendaharaan, Puan Che Murshiha binti Makhtar; Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat, Tuan Haji Zaidi bin Zainun.
Penganjuran program CSR ini menjadi platform untuk memperkukuh hubungan dan kerjasama antara pihak industri, kerajaan tempatan dan komuniti dalam usaha mewujudkan persekitaran dan kemudahan awam yang bersih, ceria dan lestari.
Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang turut serta menjayakan program ini!
Klik untuk gambar sekitar program
#MajlisPerbandaranKulim#tanggungjawabsosialkorporat#GotongRoyong#PadangSerai#KomunitiPrihatin