PEMAKLUMAN
LAMAN NIAGA SEKUPANG D’ TAIPAN SQUARE & LAMAN NIAGA SEKUPANG D’ LAGUNA MERBOK
Berita baik buat para peniaga tempatan!
Berdasarkan kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Gerai yang bersidang pada hari ini yang berlangsung di Bilik Gerakan 5 Menara MPSPK, Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) memutuskan untuk memperkenalkan dua kawasan penempatan niaga baharu, iaitu di Laman Niaga Sekupang D’ Taipan Square (Bandar Puteri Jaya) dan Laman Niaga Sekupang D’ Laguna Merbok sebagai sebahagian daripada usaha memperluas peluang perniagaan kepada komuniti setempat.
Inisiatif ini merupakan usaha berterusan MPSPK dalam memperkasa ekonomi setempat dengan menyediakan ruang niaga yang tersusun, selesa dan strategik, sesuai untuk para peniaga kecil dan sederhana menjalankan perniagaan mereka dalam suasana yang lebih teratur.
Syarat permohonan dan maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Jangan lupa ikuti laman ini untuk sebarang pengumuman terkini!
Jom rebut peluang dan jadi sebahagian daripada transformasi perniagaan di Sungai Petani!

