21 Oktober 2025 – Sempena Bulan Kemerdekaan ke-68 Tahun 2025, MPKK telah menganjurkan Pertandingan Kebersihan dan Hiasan bagi peringkat komuniti, institusi pendidikan serta agensi kerajaan dan swasta dalam menghiasi kawasan masing-masing dengan penuh semangat patriotik.

Program ini menjadi simbol penghargaan atas komitmen tinggi masyarakat setempat dalam menjayakan pertandingan ini sekaligus menyemai semangat cintakan tanah air melalui kebersihan dan kecantikan persekitaran.

Lanjutan program tersebut, Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan ini telah diadakan bertempat di Perkarangan Lobi MPKK. Majlis turut dihadiri oleh Ahli-Ahli Majlis serta Pengarah-Pengarah Jabatan MPKK bagi meraikan para pemenang. Sesi penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua MPKK.

Keputusan pemenang:-

🏡 𝐊𝐚𝐭𝐞𝐠𝐨𝐫𝐢 𝐓𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐮𝐦𝐚𝐡𝐚𝐧 (𝐏𝐞𝐫𝐬𝐚𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐮𝐝𝐮𝐤)

🥇 Tempat Pertama – Persatuan Penduduk Taman Gemilang

🥈 Tempat Kedua – Komuniti Zon 9

🥉 Tempat Ketiga – Persatuan Penduduk Islam Taman Rambai dan Taman Nenas

🏫 𝐊𝐚𝐭𝐞𝐠𝐨𝐫𝐢 𝐈𝐧𝐬𝐭𝐢𝐭𝐮𝐬𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 (𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐒𝐰𝐚𝐬𝐭𝐚)

🥇 Tempat Pertama – SK Air Merah

🥈 Tempat Kedua – SMK Jalan Paya Besar

🥉 Tempat Ketiga – SMK Padang Serai

🎖️ Saguhati – PASTI As-Syifa’

🏢 𝐊𝐚𝐭𝐞𝐠𝐨𝐫𝐢 𝐀𝐠𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐒𝐰𝐚𝐬𝐭𝐚

🥇 Tempat Pertama – Pusat Aktiviti Warga Emas Daerah Kulim

🥈 Tempat Kedua – Jabatan Pendaftaran Negara

🥉 Tempat Ketiga – Stesen Minyak Petronas / Koperasi Kota Kenari

🎖️ Saguhati – Kulim Inn

🎖️ Saguhati – Pejabat Pendidikan Daerah Kulim / Bandar Baharu

Semoga usaha murni ini terus menjadi pemangkin semangat cintakan tanah air serta menjadikan bandar Kulim lebih bersih, ceria dan bersatu padu.

Tahniah kepada para pemenang!

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim#KebersihanKeceriaan

#BulanKemerdekaan2025#KomunitiBersatu

#ExperienceKedah

Skip to content