Dimaklumkan bahawa Jalan K831 (Jalan Kuala Tawar) ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak berikutan berlakunya pergerakan aktif tanah di lokasi kejadian.

📍 Lokasi: K831 Jalan Kuala Tawar

📍 Koordinat: 5.437437, 100.723693

🗓️ Tarikh Kejadian: 24 Oktober 2025

🌧️ Jenis Kejadian: Tanah runtuh

🔧 Status Semasa: Kawasan dalam pemantauan rapi bagi menilai risiko runtuhan susulan.

Orang awam dinasihatkan mengelak melalui laluan ini dan menggunakan laluan alternatif melalui Jalan K166 Batu Putih – Selarong Panjang sehingga keadaan kembali selamat.

Arahan :

Jurutera Daerah JKR Kulim / Bandar Baharu

Skip to content