Universiti Putra Malaysia (UPM) laksana tinjauan lapangan, jalin kerjasama dengan Majlis Perbandaran Kubang Pasu demi perancangan landskap lestari

Kubang Pasu, 26 Oktober 2025 (Ahad) – Pensyarah dan pelajar dari Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan lawatan lapangan ke kawasan Kubang Pasu, Kedah sebagai sebahagian daripada Projek Studio Perancangan Landskap Lestari.

Lawatan yang melibatkan dua pensyarah dan 14 pelajar (11 antarabangsa, 3 tempatan) ini bertujuan untuk mengumpul data fizikal dan menjalankan kajian perancangan landskap bagi kawasan tumpuan iaitu Pekan Kodiang, Gua Kerbau dan kawasan kampung sekitarnya di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kubang Pasu.

Pemilihan lokasi kajian ini adalah berdasarkan kepada sumber semulajadi sedia ada serta perancangan gunatanah yang berpotensi dan menepati keperluan kursus sarjana Landskap Lestari (LAR 5002-Master Senibina Landskap).

Dalam usaha mendapatkan maklumat dan kerjasama yang lebih mendalam, pihak FRSB UPM telah memohon satu taklimat khas bersama pihak Majlis Perbandaran Kubang dijadualkan pada jam 9.00 pagi dijangka membincangkan perancangan gunatanah dan landskap Daerah Kubang Pasu serta Kodiang.

Kerjasama antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Majlis Perbandaran Kubang Pasu ini dilihat sebagai langkah penting dalam menyumbang kepada pembangunan landskap lestari di Kedah.

Universiti Putra Malaysia

🖱 Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/

📱 Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu

📲 Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/

💻Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu

📱 WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1

Skip to content