PEMAKLUMAN
TAWARAN PENYEWAAN GERAI MPSPK
Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) dengan sukacitanya memaklumkan bahawa tawaran penyewaan gerai kini dibuka untuk orang ramai.
Inisiatif ini memberi peluang kepada peniaga tempatan untuk mengembangkan perniagaan mereka di lokasi strategik di sekitar bandar Sungai Petani, sambil meningkatkan kemudahan perkhidmatan kepada pengunjung dan masyarakat setempat. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada komuniti perniagaan yang dinamik ini!
Lokasi Gerai:
- Laman Selera Penghulu Him
- Medan Selera Bakar Arang
- Kedai Stesyen Bas Express Lama
- Wisma Bandaran
- Kiosk Amanjaya 1
- Kiosk Amanjaya 2
Syarat permohonan? Mudah sahaja – rujuk poster untuk maklumat lengkap!
Borang permohonan boleh didapati di:
https://pbt.kedah.gov.my/…/Borang-Permohonan-Kedai…
Kaunter Jabatan Pengurusan Fasiliti
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar semula ke:
Jabatan Pengurusan Fasiliti
Tingkat 3, Menara MPSPK, 08000 Sungai Petani, Kedah
Tarikh tutup permohonan : Sebelum atau pada 30 Oktober 2025 (Khamis), jam 12.00 tengahari
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi :
04-4296666 (sambungan Jabatan Pengurusan Fasiliti)
