Hujan lebat yang berterusan sejak beberapa hari lalu telah menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Kulim dinaiki air, termasuk kawasan Taman Angsana yang turut terjejas.

Hari ini, Dato’ Yang Dipertua, Puan Setiausaha bersama barisan pengurusan telah turun padang ke Taman Angsana, Kulim bagi meninjau keadaan serta bertemu sendiri dengan penduduk yang terjejas akibat banjir.

Pihak MPKK amat memahami kesulitan yang dihadapi oleh penduduk dan akan terus memantau keadaan dari semasa ke semasa. Usaha bersama agensi-agensi berkaitan juga dijalankan bagi memastikan langkah susulan dapat dilaksanakan secepat mungkin, termasuk kerja-kerja pembersihan dan pemantauan sistem saliran di kawasan terjejas.

Semoga semua penduduk yang terlibat dengan banjir ini diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini. Diharapkan segala urusan dipermudahkan dan keadaan kembali pulih seperti sediakala.

Klik untuk gambar sekitar program

Skip to content